March 15, 2013

Bergelar ibu kembali.....

Assalamualaikum

Lama sungguh aku menyepi..sejak 2 menjak ni aku kurang sihat, maka aktiviti berblog amat terbatas..Tempahan Apam Polka dot pun terpaksa ditolak buat masa ini...
Kesian juga ade sorang kawan kak Zah..nak order Apam Animasi untuk birthday anaknya terpaksa aku  tolak..xde rezeki untuk dia & aku ....xpelah INsya Allah lain kali  kot.

Setiap kali nak menaip..mata aku rasa berpinau-pinau, rasa loya mual,rasa cam seolah2 dok atas kapal je...tapi aku rasa semua org taukan klu dah simptom2 camtu ade pada perempuan yang bergelar isteri...Cuma nakkan suatu kepastian...Aku pun g le klinik...

Lepas 2 minggu aku bertarung dengan sakit kepala yg berterusan, dah start muntah2 yang teruk...hu..hu...

Aduss..sakitnya kepalaku...naseb baik hafiyy rajin nak tolong picit kepala ibu..
 
Memang betul & tepat sekali tekaan aku....
Aku bakal bergelar ibu kembali, selepas 4 tahun usianya Nur Hafiyy...

 Saat yang paling aku x suka ialah masa mengandung....arghhh.....time ni aku lebih banyak terbaring berbanding hari2 biasa...hu.hu.Banyak yang x boleh aku buat eg.masak memasak, bau-bauan ( walaupun jiran aku yg goreng ikan..aku yg akn muntah ), kiranya dapur telah menjadi kawasan larangan bagi aku....ketika ini hidung aku amat2 sensitif.


Dan lagi aku x boleh pergi ke tempat yang ade ramai orang....aku rasa amat rimas, serabut dan entahlah xtau nk cakap camne...
Segala-galanya jadi skema hidup aku......Lepas makan, muntah, baring2...tido..tu le kejenya.

Sebab tulah kan Allah bagi ganjaran pahala yg berlipat kali ganda pada ibu2 yg mengandung..memang dugaan+ cabaran time ni....xterkira...


Time ni le Cik Hubby aku mengambil alih semua tugas aku....bahagianya hidup...he.he..time ni yg boleh nak manja2 pon kan??
Tima Kasih abang....Ayang terpaksa ambik Annual Leave 3 bulan .....