November 15, 2012

Aktiviti cuti sekolah 2012




Assalamualaikum
Rasa nak bercerita pasal aktiviti kami sepanjang minggu pertama cuti persekolahan lak..
Minggu ni padat le sikit..Kakak difa  dengan tusyen Bahasa Arabnya, Angah plak...kami hantar dia masuk Kem Anak Soleh anjuran Kerajaan negeri..murah je RM 20.00 untuk
4hari 3 malam.Memang murah giler..pasal tu tempat dia terhad.

Masa mula tu risau le jugak..pasal Angah ni dia ade penyakit
3HO Isobutyric Aciduria.( Alahan kepada sebarang jenis protein)
Nanti bila senang aku cuba cerita lebih detail tentang penyakit ini.Insya allah.

Tapi memandangkn ini aje le peluang nak dia bagi dia merasa duduk asrama ,boleh bergaul dgn rakan sebaya selain rakan sekolah...diharapkan dapat kikis sikit demi sikit sifat pemalu dia tu bila berinteraksi dgn orang.

Moga2 dgn cara ini  dapatlah kami tambah pengalaman baru dalam list zaman2 kanak-kanaknya.Kami.... kalau boleh xmau nak sekat aktiviti-aktiviti yang sepatutnya kanak-kanak lain alami disebabkn penyakitnya itu.Kalau boleh setiap ibu bapa hendak buat yang terbaik utk anak-anak kan?

Korang plak?? Apa aktiviti korang?Mesti lagi best kan?
Layan je lah ye..gambar-gambar yang x seberapa ni..



Alang & Kak Yang punye aktiviti
hari-hari berkelah.


Angah punye aktiviti
4 days 3 nights
@ KEM ANAK SOLEH
anjuran kerajaan negeri KEDAH.



 Ramai gak le anak-anak yang hadir, memang terhad ..naseb baek book awal..



 Penyerahan anak-anak kepada waris...bersama abang2 freshie dorang yang banyak membantu sepanjang program berjalan...terima kasih banyak kerna sudi meneladeni anak2 ini...Syukran..
 Angah Bersama rakan baiknya Yusuf sepanjang kem ini.Baru terperasan muka Yusuf ni macam Alee kan? ( Cousin angah)
  Bahan bukti penyertaan.. ^~ ^ 

                      
Sessi angkut mengangkut beg yang penuh dengan macam-macam bau.
Esok kita dobi ye..hari ni xde tempat nak sidai dah...:)


Alhamdulillah Angah dapat menempuh hari-hari di sana dengan jayanya.Moga setiap patah ilmu yang didapati dapat dimanfaatkan kelak.Insya Allah.Jadilah kau ANAK yang SOLEH..yang sentiasa menjadi PERMATA HATI AYAH BONDA.