Assalamualaikum..
Akak cuma nak berkongsikan hasil R&D lebih kurang 2 tahun yang lepas..
Untuk Pengetahuan semua ye Apam Polkadot akak tidak menggunakan sebarang Bahan Pengawet.
Tarikh Kejadian : 1 Ogos 2015
Masa Buat/Masak : 31/7/2015
Bahagian 1
Akak asingkan masuk dalam plastik lepas tu
simpan dalam peti ais bahagian bawah ye...
(Maaf ye gambar blur dan shine...akk pakai Samsung Corby je masa ni )huhu
Gigih akk time tu....hihi, guna je apa yang ada...yg penting mision accomplished...hihi
Lepas dikeluarkan dari peti ais pada 8/8/2015, akk kukuskan semula 5 minit untuk memastikan
ADAKAH RASANYA SUDAH BERUBAH ????
Yang Pasti ...ALHAMDULILLAH rasanya,fizikalnya.intinya masih elok.... Still fresh...
Inilah contohnya hasil Ujian Ketahanan Apam Polkadot
bila disimpan lama dalam peti ais.
1/8-8/8/2015. ( 8 hari hasil kejadian )
Manakala Gambar Di Bawah pula selepas disimpan melebihi SEBULAN.
Tarikh Kejadian : 2/9/2015
Selepas dikeluarkan dari Peti Ais (yg Bawah ye ) selama 1 bulan akak simpan ye...
Untuk Menguji Tahap Ketahanan dan Tindak Balas yang wujud ...hihi dah macam Saintis Apam Polkadot pulak hehhe....
Kulat...Bakteria...entah apa la kenamanya..yang HITAM tu...muncul dipermukaan Apam Polkadot tersebut.
Kesimpulannya :
Apam Polkadot TIDAK SESUAI disimpan melebihi tempoh 3-4 minggu dalam peti ais.
Ini sajalah yang dapat akak rungkaikan misteri si APAM POLKADOT yang terkenal tu. 😄😄
Sekian, Terima Kasih.Ini Sajalah Laporan untuk harini yang memakan masa selama 2 tahun untuk disiarkan. Wakaka...




